NAIK TARAF GELANGGANG BOLA BALING
Saturday, 22 February 201403:34
LAPORAN AKTIVITI KELAB BOLA BALING
Assalammualaikum, Salam Satu Malaysia dan Salam Sejahtera. Pada 22.2.2014 bersamaan hari Sabtu pada jam 8.00 pagi, guru penasihat serta beberapa ahli Kelab Bola Baling hadir ke sekolah.
Guru penasihat memberi penerangan tentang gelanggang bola baling. Ahli Kelab Bola Baling membantu mengukur panjang gelanggang yang perlu dinaik taraf dengan saiz yang betul.
Guru penasihat bertungkus-lumus untuk menyiapkan garisan gelanggang bola baling untuk menaik taraf gelanggang bola baling serta dibantu oleh beberapa ahli Kelab Bola Baling.
Dengan menaik taraf gelanggang bola baling dapat memudahkan akitiviti amali serta latihan yang akan diadakan sebelum perlawaan Bola Baling MSSPs.
Setelah selesai, guru penasihat serta beberapa orang ahli mengemas barang-barang. Aktiviti ini tamat kira-kira pada jam 12.30 tengah hari.
Labels: FM






